JUSTICE for Beng Hock! 莫让明福 死不瞑目! Chua Soi Lek Should Not Follow Utusan Malaysia’s Tactics Of Racialising The Results Of The Sarawak General Elections 5 Core Principles Of Middle Malaysia How Much Has The Federal Government Allocated For Penang Under the 10th Malaysian Plan? BN’s Narrow-Mindedness to Claim Credit for Penang’s Investment Success DAP Leaders Must Be Careful Kalau stadium boleh runtuh, apa lagi loji nuklear? 当槟绿色公民 遵10生活准则 蔡细历不要再做戏了! Chua Soi Lek Labelled As Crazy By His Own MCA Branch In Penang DAP tangguh pemilihan parti hingga Ogos 2012 Jangan Kita Mempertikaikan Masa Depan Anak-anak Kita 丁福南逃避对陈合裕案件应负的责任 槟州政府津贴筹办 托儿月费50元 槟州民主行动党大选备战指挥中心招募超级讲师!

Ng Wei Aik: Akta Kerajaan Tempatan 1976 Dipinda bagi Memulihkan Pilihan Raya Tempatan

Kenyataan Media oleh Y.B. Ng Wei Aik, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawasan KOMTAR pada 24 November 2009 (Selasa) di Georgetown, Pulau Pinang:

Serentak dengan hasrat Kerajaan Persekutuan untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 supaya Pihak Berkuasa Tempatan dapat terus mendakwa mana-mana pihak yang melakukan kesalahan, maka DAP menggesa supaya Seksyen 10 dan 15 bagi Akta tersebut juga dipinda supaya pilihan raya tempatan dapat dipulihkan tanpa halangan atau sekatan dari segi perundangan.

Ekoran daripada kenyataan Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bahawa Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dipinda bersama-sama dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007, maka DAP menggesa supaya kajian juga dilakukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meminda undang-undang yang sedia ada bagi memulihkan pilihan raya tempatan.

Setakat ini, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Dewan Undangan Negeri Selangor telah meluluskan usul bagi menggesa Kerajaan Persekutuan supaya meminda Akta-Akta yang berkaitan untuk memulihkan Pilihan Raya Tempatan. Namun, disebabkan halangan yang diperkenalkan melalui Seksyen 10 dan 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976, termasuk juga halangan oleh undang-undang lain yang turut berkaitan, maka pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 merupakan langkah pertama bagi kita merealisasikan Pilihan Raya Tempatan pada masa yang akan datang.

Jikalau tidak, sebarang pilihan raya tempatan yang dikelolakan oleh Kerajaan Negeri tanpa restu Kerajaan Persekutuan dan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya serta bercanggahan dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976 akan dianggap sebagai pilihan raya yang tidak sah dari segi perundangan walaupun Kerajaan Negeri berhasrat untuk berbuat demikian.

DAP menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menyedari keinginan rakyat dan betapa pentingnya bagi kita memulihkan pilihan raya tempatan. Sememangnya, pilihan raya tempatan bukanlah sesuatu yang baru bagi tanah air kita, malah beberapa pilihan raya tempatan pernah diadakan sebelum dan selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Dengan pengalaman sedemikian, tidak susah bagi kita memulihkan pilihan raya tempatan dalam masa yang terdekat.

Walaupun demikian, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang serta berhasrat penuh untuk memulihkan pilihan raya tempatan tidak akan membuat sesuatu yang makna kelangsungannya tidak dijamin oleh perundangan yang sedia ada serta bercanggahan dengan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Walaupun terdapat Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak berhasrat untuk memulihkan pilihan raya tempatan, namun ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan hasrat Kerajaan Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat supaya memulihkan pilihan raya tempat di negeri-negeri mereka sahaja. Pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 boleh dilakukan supaya cara perlantikan yang sedia ada masih boleh dikekalkan.

NG WEI AIK

VN:F [1.9.13_1145]
Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Response