Malaysia Merosot Lagi Dalam Indeks Persepsi Rasuah: Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Dukacita Tetapi Tidak Terkejut
Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang berasa amat berduka cita dengan pencapaian Malaysia yang merosot teruk dalam Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perspective Index) Transparency International 2009. Walau bagaimanapun, kejatuhan Malaysia dari kedudukan 47 kepada kedudukan 56 bukan merupakan sesuatu yang mengejutkan. Ini kerana walaupun sudah sekian lama desakan membanteras rasuah menjadi sebahagian daripada perjuangan Pemuda Sosialis DAP, Pakatan Rakyat serta badan-badan bukan Kerajaan di Malaysia, Kerajaan UMNO-Barisan Nasional masih mengambil sikap sambil lewa terhadap isu ini.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) juga hilang kredibiliti akibat beberapa skandal profil tinggi termasuk kematian mengejut Sdr. Teoh Beng Hock di ibu pejabat MACC, skandal RM12 billion PKFZ, skandal rakaman video Lingam manipulasi badan kehakiman negara, sasaran terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang berbaur politik manakala pemimpin UMNO-BN yang mampu memiliki mahligai-mahligai besar tidak tersiasat. Jikalau badan pencegah rasuah utama negara kita tidak dapat memberi jaminan untuk berfungsi secara cekap, telus dan saksama, maka tidak hairan Malaysia telah merosot, dan akan menjadi lebih teruk lagi, dalam gejala rasuah.
Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang ingin menyeru supaya Perdana Menteri mengambil langkah serta merta dalam menanangi isu rasuah, termasuk rombakan MACC seperti melibatkan calon lantikkan barisan Pembangkang dalam panel penasihat MACC serta meletakkan MACC di bawah pemantauan Parlimen melalui jawatankuasa khas Parlimen yang dianggotai wakil Rakyat dari Kerajaan dan Pembangkang.
Akhir sekali, Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang juga ingin menyeru kumpulan “CAT Watch” Parti Gerakan supaya membetulkan prioriti mereka. Sebagai parti komponen Barisan Nasional, Gerakan langsung tidak kelihatan memperjuangkan isu membanteras rasuah dalam Kerajaan UMNO-Barisan Nasional tetapi sering melontar tomahan tak berasas ke atas Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah menerima pujian daripada Transparency International dan Ketua Audit Negara atas dasar pentadbiran cekap, akauntabiliti dan telus. Walaupun Kerajaan Negeri sedia menerima kritikan membina, namum Gerakan patut menitikberatkan masalah dalaman terlebih dahulu dan bukan bermain politik sekadar mengkritik membuta tuli. Jika mengkritik pihak lain sedangkan Kerajaan sendiri telah jatuh reputasi akibat rasuah berleluasa, maka akan dilabelkan hipokrit.
Steven Sim
Bendahari
Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang
181109 | Pulau Pinang
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- Tender Projek JPS: Pemimpin-Pemimpin Barisan Nasional Bercabang Dua (Aug 1, 2011)
- Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah gagal dalam memerangi gejala rasuah, memperbaiki ketelusan dan akauntabiliti berikutan kegagalan mempertahankan kedudukan daya saing Malaysia dari anak tangga ke 10 pada tahun 2010 ke tangga 16 pada tahun 2011 (May 19, 2011)
- 国阵的经济转型计划(ETP)已经失败,它无法肃贪及改善透明度、公信度,也无法阻止马来西亚的竞争力继续下滑,排名从2010年的第10名,下跌六位至2011年的第16名 (May 19, 2011)
- BN’s Economic Transformation Programme(ETP) Has Failed To Win The Corruption War, Improve Transparency And Accountability By Failing To Prevent The Slide In Malaysia’s Competitiveness By Six Rungs From 10th In 2010 To 16 In 2011 (May 19, 2011)
- BN Must Come Clean On The Scandal Of Huge Illicit Capital Outflows Of RM888 Billion (Jan 23, 2011)
- 国阵必须交代马来西亚资本非法外流8880亿令吉的丑闻 (Jan 23, 2011)
- Hampir RM2 Juta Untuk Mewujudkan Setiap Pekerjaan Baru Menunjukkan Ketirisan(Leakages) Ekonomi Dalam Bentuk Amalan Rasuah Dan Penyelewengan Kewangan Yang Hanya Boleh Diatasi Dengan Kemenangan PR Dalam Pilihanraya Besar Akan Datang (Jan 17, 2011)
- 国阵需要200万来创造一个就业机会,证明在贪污舞弊带来的经济漏损 (Jan 17, 2011)
- New BN move ruffles feathers in Komtar (Aug 19, 2010)
- 发展局新指令赋权批准拨款 槟国阵协调员凌驾市议员? (Aug 19, 2010)
- Royal Commission of Inquiry should be set up to determine how RM 52 billion of shares meant for Malay/Bumis were hijacked (Aug 16, 2010)
- 不必为新经济政策及土著股权课题而争吵 应当调查520亿令吉的股份如何被骑劫 (Aug 16, 2010)
- 自由區舞弊案:林冠英:弊案數額龐大不可能僅1人涉案 (Aug 6, 2010)
- 作風透明公開‧檳州工程招標無須支持信 (Aug 6, 2010)
- 或影響僱員權益及生活‧林冠英關注修訂勞工法 (May 4, 2010)
- 前行政議員被控貪污案‧林冠英促反貪會交代 (Apr 27, 2010)
- 勿掩饰瑞典咸码头重建工程承包商虚报540万令吉丑闻的真相 (Apr 25, 2010)
- Don’t Cover Up RM5.4 million False Claim Scandal in the Contruction of the RM65 Million Swettenhem Pier Redevelopment Project (Apr 25, 2010)
- 盼他州仿效檳施政‧首相署部長讚CAT政策 (Dec 6, 2009)
- 值得其他州属学习 纳兹里认同猫政府 (Dec 6, 2009)
- Malaysia Merosot Lagi Dalam Indeks Persepsi Rasuah: Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Dukacita Tetapi Tidak Terkejut (This post) (Nov 19, 2009)
- 马来西业在全球清廉印象指数排名下跌:槟州社青团失望却不惊讶 (Nov 19, 2009)
- 沒公僕揭發弊案‧廉潔獎4個月沒頒發 (Oct 30, 2009)


Daftarlah Sebagai Rakan DAP! 



http://greenstate.penang.gov.my
