Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Sokong Kenyataan Ahli Parlimen UMNO Bahawa Koh Tsu Koon Tak Layak Jadi Menteri
Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang meyokong kenyataan Ahli Parlimen UMNO Sri Gading Mohd. Aziz semasa perbahasan bajet beliau bahawa Tan Sri Koh Tsu Koon patut meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sudah sekian lama Pakatan Rakyat menyuarakan bahawa Koh tidak layak sama sekali memegang jawatan Menteri dan apatah lagi Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan Penunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI).
Antara faktor utama ialah beliau telah gagal membawa pembangunan yang sebenar kepada negeri Pulau Pinang semasa hampir 20 tahun menerajui Kerajaan Negeri. Di bawah pentadbiran Koh, Pulau Pinang telah dibelenggu kes-kes penipuan tanah yang menelan belanja berjuta-juta Ringgit wang Rakyat, kerugian RM200 juta pihak berkuasa tempatan dan kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah negeri yang jauh rendah daripada kadar pertumbuhan kebangsaan (Pulau Pinang 2.5%; Kebangsaan 6.6%).
Justeru, Koh telah ditolak oleh Rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-12 dan mengalami kekalahan yang teruk dalam PRU tersebut.
Perlantikkan Koh sebagai Menteri KPI oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak melalui “pintu belakang” selepas kekalahan teruk dalam PRU12 menunjukkan bahawa Perdana Menteri tidak serius dalam aspek peningkatan prestasi Kerajaan secara keseluruhan. Kini bukan sahaja Rakyat dan pihak Pembangkang yang menolak Koh sebagai Menteri, malah Ahli Parlimen UMNO-Barisan Nasional sendiri telah menolak sekeras-kerasnya di Parliamen.
Jika Perdana Menteri bersungguh-sungguh tentang slogan “Prestasi Diutamakan”, maka beliau patut akur dengan bantahan Rakyat, parti Pembangkang dan pemimpin UMNO-Barisan Nasional terhadap pelantikan Koh sebagai Menteri bertanggungjawab ke atas Penunjuk Prestasi Utama Nasional serta meminta Koh melepaskan jawatan tersebut.
Steven Sim
Bendahari
Pemuda Sosialis DAP Negeri Pulau Pinang
Artikel lain yang berkaitan|其他相关报道|Other relevant posts
- 巫统篡夺民政党的槟国阵主席职乃咎由自取 - Dec 22, 2009
- 阿末依斯邁提前恢復巫統黨籍‧劉鎮東促許子根表態 - Dec 12, 2009
- “沒嚴懲還提前恢復黨籍”‧檳社青團:巫統令人遺憾 - Dec 11, 2009
- 黄伟益:阿末依斯迈提前复籍:民政领袖吓破胆! - Dec 11, 2009
- 葉進強:嚴厲譴責巫統最高理事會提前恢復前巫統升旗山區部主席阿末依斯邁的黨籍 - Dec 11, 2009
- YEAP CHOON KEONG: DAPSY Berasa Kecewa Terhadap Keputusan UMNO - Dec 11, 2009
- 陈嘉萍:民政党何曾违逆巫统旨意? - Nov 11, 2009
- 黎馥纲:與其坐以待毙 马华民政应义无反顾退出国阵 - Nov 4, 2009
- 黎馥纲:被讥为亳无绩效和公信力 许子根博士和翁诗杰卻苟且挣扎求存 是民政和马华创党以来最大的羞耻 - Nov 4, 2009
- 黎馥纲:求个人利益出卖民政党格与尊严 丁福南应立即引咎辞职 - Nov 4, 2009
- 黄伟益:促民青团不要再做戏 - Nov 1, 2009
- Pemuda Sosialis DAP Pulau Pinang Sokong Kenyataan Ahli Parlimen UMNO Bahawa Koh Tsu Koon Tak Layak Jadi Menteri (This post) - Oct 31, 2009
- 黎馥纲抨击民青团 对巫统根本没有立场 - Oct 22, 2009
- 槟州民青团应立即脱离母体! - Oct 22, 2009
- 火箭:被撕肖像 惧叫巫统道歉 子根令民政蒙羞 - Oct 20, 2009
- 報導指欲與巫統恢復關係‧黃偉益:檳民政應交代 - Oct 15, 2009
- 李振辉:民政党创党41年来最大悲哀 - Oct 15, 2009






